about

Alif Homestay ialah sebuah rumah kembar yang menyediakan penginapan yang selesa untuk anda dan seisi keluarga.Rumah adalah bercirikan moden dan baru siap dibina pada November 2013 di atas tanah lot sesebuah beralamat 1688, Jalan 11, Kg. Tersusun Muhibah Batu 33, Temoh. Ianya terletak kira-kira 3 kilometer dari Pekan Tapah.

Alif Homestay merupakan destinasi penginapan yang amat ideal untuk anda yang mahukan penginapan yang tenang dan luar dari hiruk pikuk bandar. Antara destinasi pelancongan yang berhampiran ialah Air Terjun Lata Kinjang kira-kira 13km, yang terletak berhampiran Chenderiang. Air Panas Batu 7, Kuala Woh dan anda boleh juga terus ke Cameron Highlands iaitu kira-kira 55 km.

Rumah inap ini juga berhampiran dengan pelbagai kemudahan asas seperti kedai makan Nasi Kandar, kedai seafood, kedai runcit dan juga cyber cafe.

Jadikanlah Alif Homestay sebagai destinasi pilihan anda. Insyaallah selesa...

0 comments:

Post a Comment