Saturday 2 January 2016

hubungi segera

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , 1 comment

Kepada pelanggan budiman yang bernama Pn. Shamsiah diminta menghubngi pihak AlifHomestay dengan kadar segera di talian 013-4663532 @ 013-4464476.
Terima kasih.

Sunday 27 September 2015

Semi-D muat lebih ramai

BY azmani idris IN , , , , , , , , , , , , , , No comments

Assalamualaikum wbt.

Kepada pembaca dan pelanggan Alifhomestay yang budiman, kami di sini menaiktaraf rumahsemi-D dengan menambah bilangan katil di bilik ketiga iaitu katil doubledecker bawahnya saiz queen. Bilik keempat pula ditambah dari katil single kepada queen menjadikan Alifhomestay semiD boleh memuatkan 9 orang.

Insyaallah, Alifhomestay lebih selesa dan lebih bernilai untuk wang anda.. Berita baiknya, kami menambah semua katil dan tanpa menaikkan kadar sewa.. ianya kekal RM250 semalam bagi semi D.

Untuk tempahan hubungi:
013-4663532 (Azmani)
013-4464476 (Nor)



Alif Homestay Banglo dinaiktaraf

BY azmani idris IN , , , , , , , , , , , , , , , No comments

Assalamualaikum wbt.

Kepada pembaca dan pelanggan Alifhomestay yang budiman, kami di sini menaiktaraf banglo denagn menambah bilangan katil dan aircond di bilik ketiga. Menjadikan Alifhomestay Banglo boleh memuatkan 13 orang. Aircond pula 2hp diruangtamu, bilik master,bilik kedua dan bilik ketiga.

Insyaallah, Alifhomestay lebih selesa dan lebih bernilai untuk wang anda.. Berita baiknya, kami menambah semua katil dan aircond tanpa menaikkan kadar sewa.. ianya kekal RM350 semalam..

Untuk tempahan hubungi:
013-4663532 (Azmani)
013-4464476 (Nor)




Monday 21 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

BY azmani idris IN , , , , , , , , , , , , , , No comments

Assalamualaikum wbt.
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Zulhijjah.
Kepada mereka yang diberi Allah kesempatan menunaikan Haji, kami di Alifhomestay Mengucapkan tahniah dan semoga beroleh haji mabrur.

Bagi yang menunaikan ibadah korban,sama-samalah kita berdoa agar Allah menerima ibadah kita.
Taqabbalallahu minna wa minkum.


Sunday 30 August 2015

Fikhree Bakar with crew Nuansa Production in the house

BY azmani idris IN , , , , , , , , , , No comments




Alhamdulillah, baru-baru ini, krew penerbitan Nuansa S/B telahpun berkampung di Alifhomestay selama 5 hari bagi penginapan krew dan artis mereka yang terdiri dari Fikhree Bakar, Hisyam Hamid, Ayda Jebat, Farah Ahmad dan ramai lagi bagi menjayakan telemovie arahan Osman Ali yang bertajuk "Nawaitu Cinta".insyaAllah bakal ditayangkan di Astro Oasis dalam masa terdekat.

Di atas ialah beberapa gambar yang sempat dirakam ketika berjumpa dengan mereka. Bukan mudah untuk berjumpa mereka memandangkan masa mereka amat terhad kerana menyiapkan telemovie tersebut.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada pengurus produksi, En. Nadzrien Nadzri kerana memilih Alifhomestay sebagai destinasi penginapan.

Alifhomestay...InsyaAllah selesa.

Mereka sudah. Anda bila lagi? Tempahlah sekarang. 

Tuesday 14 July 2015

Selamat Hari raya Aidilfitri

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , No comments


Assalamualaikum w.b.t,

Tanpa disedari,Ramadhan Karim hampir ke penghujungnya. Sesungguhnya ramadhan itu bulan yang diturunkan al-Quran padanya dan dalam bulan ramadhan juga terdapatnya malam lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan.

Justeru, disamping sibuk dalam persiapan menyambut syawal, marilah sama-sama kita menggandakan amal ibadat kita dalam 10 malam terakhir. Semoga kite dipertemukan dengan malam seribu bulan..antara doa yang dianjurkan untuk kita perbanyakkan ialah:

                              
                                     اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

Seperkara lagi yang sangat digalakkan kita lakukan pada malam syawal pertama ialah memperbanyakkan doa dan bertakbir. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban"

Firman Allah dalam surah al-Baqarah:

وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ
"dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Maka pada 1 syawal sangatlah kita dituntut untuk bertakbir siang dan malamnya. Gunakanlah masa seperti dalam kenderaan dan semasa berziarah dengan bertakbir membesarkan Allah subhanahu wa taala.

Tatkala berjumpa dan bersalam salaman, ucapkanlah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

Seperkara yang amat penting untuk kita perlu ingati dan sekaligus mengamalkannya ialah menjaga aurat dan batas muhrim..bersalamlah dengan sanak saudara yangmuhrim dan sah disalam. Disertakan carta mahram untuk lelaki dan perempuan untuk panduan bersama.



Kami di Alif homestay mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca budiman terutama kepada pelanggan-pelanggan kami. Mohon maaf seandainya ada kekurangan dan kesilapan kami dalam memberikan perkhidmatan kepada anda. Semoga syawal kali ini lebih baik dari sebelumnya dan mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.. Sama-samalah kita berdoa segala ibadat kita diterima Allah dan dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan akan datang..amiin..

“Taqabbalallahu minna wa minkum” 


Monday 13 July 2015

Salih Yaacob in the house

BY azmani idris IN , , , , , , , , , , , , , No comments

Salih Yaacob in the house.
alhamdulillah,pada 5/6/15.Salih yaacob dan 'keluarga besar' beliau telah memilih Alifhomestay sebagai destinasi penginapan beliau. Terima kasih diucapkan kepada tetuan Salih Yaacob yg sudi menginap di Alifhomestay..beliau seorang yang amat mesra dan merendah diri. Semoga beliau dan keluarga sentiasa diredhoi Allah s.w.t.

Aternye komer bile lagi..
Moh tempah sekarang.
Insyaallah selesa..




Alif Homestay Tapah dibuka untuk tempahan

BY Unknown IN , , , , , , , 2 comments

Salam 1 malaysia.

Alif Homestay Tapah:
Lokasi strategik iaitu berhampiran jalan utama Ipoh - Kuala Lumpur. 
5 min ke pekan tapah, 10 min ke air terjun Lata Kinjang, 10 minke UITM Tapah, 10 min ke Sek. Berasrama Penuh Tapah, 30 min ke Kuala Woh dan boleh ke Cameron Highlands. 

Berhampiran kedai makan nasi kandar, kedai capati, tomyam seafood, kedai cyber cafe, kedai runcit dan masjid serta surau. 

suasana kampung tersusun yang mendamaikan dan tenang. Amat sesuai untuk percutian yang mendamaikan.

Kami menawarkan sewa harian pada kadar RM250 semalaman.
Check-in jam 2 pm dan check-out jam 12 pm

Terdapat 4 kamar tidur iaitu :
-3 katil queen dan
-1 single dengan
-extra 3 tilam single dan 2 toto
-2 bilik air beserta shower mandian.

Kemudahan asas yang disediakan ialah :
set sofa
tv led yang boleh menggunakan usb pendrive untuk tonton cerita dan gambar. 
astro
set meja makan
peti sejuk
kettle 
dapur gas
pinggan mangkuk
pemanas pancuran air (shower water heater)
aircond
selimut
tuala mandi hotel (gred AA) untuk setiap bilik
sejadah
seterika dan iron board
telekong sembahyang
percuma kopi segera 3 in 1

Cadar,selimut dan tuala ditukar setiap kali pelanggan check-out untuk keselesaan pelanggan baru.

tempahlah sekarang. Hubungi:
En. Azmani :013-466 3532 / 05-4011887
Puan Nor: 013-446 4476

"Alif Homestay : Insyaallah Selesa"



































Alif Homestay 2-Banglo mewah untuk keselesaan

BY azmani idris IN , , , , , , , , , , , , , , , , , No comments


*wifi available* Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.

Alhamdulillah, kini Alif Homestay mengorak langkah baru dengan menjadikan rumah banglo moden sebagai rumah persinggahan Alif Homestay.

Terletak berhampiran dengan Alif Homestay yang pertama, memudahkan pengguna yang mahu menyewa 2 buah rumah sekaligus.

Alif Homestay 2 mempunyai 4 buah bilik dengan kapasiti katil untuk 12 orang dan 2 bilik air.
-bilik master dengan katil king yang empuk beserta baby cot (katil bayi).Attached bathroom.
-bilik kedua mempunyai 2 buah katil queen
-bilik ketiga dengan katil double-decker yang bawahnya bersaiz queen
-bilik keempat dengan 2 buah katil single.

-Aircond 2hp di ruang tamu
-Aircond di bilik master dan
-Aircond di bilik kedua.
-kesemua bilik dilengkapi kipas siling insyaallah akan memberi    keselesaan kepada para pengunjung.

Ruang dapur luas dengan 2 meja makan iaitu meja tinggi dan meje jepun bagi yang mahu suasana santai. Banglo ini juga dilengkapi autogate yang memudahkan pengunjung keluar-masuk terutama waktu hujan. Ruang parking luas boleh memuatkan 4 buah kereta.

Keperluan yang disediakan:
-wifi unlimited usage
-peti sejuk
-mesin basuh fully auto
-astro
-tv LED 40 inci
-peti sejuk extra large
-pemanas air (kettle)
-rice cooker
-pemanas air mandian
-seterika & iron board
-baby cot
-tuala
-kopi 3 in 1

Terletak berhampiran :
-5 minit ke pekan Tapah & tol Tapah
-10 minit ke UITM Tapah
-15 minit air terjun Lata Kinjang
-15 minit pekan Kampar
-5 minit ke pekan Chenderiang dan Temoh
-1 jam ke Cameron Highlands

Rumah banglo ini sangatlah besar ibarat anda menyewa 2 buah rumah teres.
Boleh memuatkan penghuni 15-20 orang.
Tempahlah sekarang. Insyaallah selesa.

Kadar sewa ialah RM350 per malam. Insyaallah berbaloi.

Tel/whatsapp/sms : 013-466 3532 (Azmani)
                                     013-446 4476 (Pn. Nor)