Tuesday 14 July 2015

Selamat Hari raya Aidilfitri

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , No comments


Assalamualaikum w.b.t,

Tanpa disedari,Ramadhan Karim hampir ke penghujungnya. Sesungguhnya ramadhan itu bulan yang diturunkan al-Quran padanya dan dalam bulan ramadhan juga terdapatnya malam lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan.

Justeru, disamping sibuk dalam persiapan menyambut syawal, marilah sama-sama kita menggandakan amal ibadat kita dalam 10 malam terakhir. Semoga kite dipertemukan dengan malam seribu bulan..antara doa yang dianjurkan untuk kita perbanyakkan ialah:

                              
                                     اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

Seperkara lagi yang sangat digalakkan kita lakukan pada malam syawal pertama ialah memperbanyakkan doa dan bertakbir. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban"

Firman Allah dalam surah al-Baqarah:

وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ
"dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Maka pada 1 syawal sangatlah kita dituntut untuk bertakbir siang dan malamnya. Gunakanlah masa seperti dalam kenderaan dan semasa berziarah dengan bertakbir membesarkan Allah subhanahu wa taala.

Tatkala berjumpa dan bersalam salaman, ucapkanlah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

Seperkara yang amat penting untuk kita perlu ingati dan sekaligus mengamalkannya ialah menjaga aurat dan batas muhrim..bersalamlah dengan sanak saudara yangmuhrim dan sah disalam. Disertakan carta mahram untuk lelaki dan perempuan untuk panduan bersama.



Kami di Alif homestay mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca budiman terutama kepada pelanggan-pelanggan kami. Mohon maaf seandainya ada kekurangan dan kesilapan kami dalam memberikan perkhidmatan kepada anda. Semoga syawal kali ini lebih baik dari sebelumnya dan mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.. Sama-samalah kita berdoa segala ibadat kita diterima Allah dan dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan akan datang..amiin..

“Taqabbalallahu minna wa minkum” 


0 comments:

Post a Comment